[TERKINI] Terbuka Jepun: Akhiri kemarau 22 tahun, Sze Fei-Izzuddin muncul juara

2024-08-25 34

Wakil tunggal Malaysia di final, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, menamatkan perjalanan indah sebagai juara Terbuka Jepun di Yokohama Arena, sebentar tadi.
Selepas cemerlang menewaskan gandingan dari Indonesia, Leo Rolly Carnando/Bagas Maulana, di separuh akhir, Sze Fei-Izzuddin ke final untuk bertemu beregu Korea Selatan, Kang Min-hyuk-Seo Seung-jae, yang merupakan pilihan ketiga kejohanan.